Isnin, 6 Disember 2010

salam maal hijrah

Penghujung tahun hijrah 1431 telah tiba, dan buku amalan kita di tutup sehingga lah kita dibangkit semula di Hari Perhitungan di Padang Masyar nanti untuk dihisabkan.
 Manakala sebuah buku baru pula akan dibuka dengan bermulanya tahun baru hijrah 1432...Ibarat kain putih bersih, begitu juga buku amalan kita itu...semua helaiannya masih putih bersih belum terconteng apa-apa...


Apakah yang hendak kita isikan di dalam buku itu? 
Ibarat kita tidak suka melihat buku latihan kita diconteng-conteng adik-adik kita yang masih kecil...begitu juga kita harapkan dengan buku amalan kita itu. Hendaknya apa yang dicatatkan adalah amalan yang baik-baik belaka...amalan-amalan baik yang diterima oleh Allah SWT sebagai ibadat yang kita lakukan HANYA untuk DIA ...dan semoga ia dipenuhi dengan amalan-amalan yang akan mendekatkan lagi diri kerdil kita ini kepada Allah SWT...

Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf atas segala dosa yang pernah saya lakukan selama ini kepada kalian...sesungguh nya saya ini hanyalah hamba Allah yang kerdil yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan kesalahan...moga hidap kita saling diberkatiNYA

InsyaAllah.
sekian..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hamster