Jumaat, 30 November 2012

mampu kah aku?!



Tapi mampukah aku untuk jadi seperti ayat di atas? 
Menjadikan kepahitan sebagai satu kemanisan. 
Menjadikan kegagalan sebagai punca kejayaan. 
Menjadikan air mata sebagai senyuman.

Aku tak sekuat itu untuk jadi seperti itu. 
Mungkin orang lain akan kata aku seorang wanita yang kuat dan tabah. 
tapi apa yang aku mampu???


Terima kasih untuk masa silam. 
Walaupun pahit tapi itu mungkin pengajaran pada diri kita. 
Mudahnya berkata-kata kan. ='(

Sabtu, 30 Jun 2012

semua rencana Allah


Lumrah hidup manusia, ada yang suka ramai yang benci. Kita tak boleh paksa orang untuk suka dengan kita. Kita juga tak boleh nak puaskan hati semua orang.
Kadang – kadang kita rasa kita dah buat benda yang betul. Tapi apa yang menurut kita betul, belum tentu betul di mata orang lain. Kita cuba untuk puaskan hati semua orang tapi tetap ada orang yang tak puas hati dengan kita.
Lagi satu bila ada orang cemburu atau tak suka dengan kita, itu bermakna kita lebih baik daripada dia. Dia cemburu sebab dia tak boleh nak jadi baik macam kita.
Dia juga rasa kita ni pesaing dia. Kalau boleh, dia tak nak kita lebih dari dia. Dia nak lebih dari kita. Kalau ada ilmu baru atau peluang-peluang bisnes, dia tak akan cakap dengan kita.
Dulu, saya pernah berfikiran macam ni. Tetapi bila saya dah selalu bercampur dengan orang yang berjaya dan berfikiran positif, hilang semua pemikiran macam tu. The more we give, the more we get.
Kepada yang merasa sedang bersaing dengan saya , saya do’akan anda berjaya dan semoga ALLAH mudahkan urusan anda. Saya percaya, ALLAH jadikan setiap manusia dengan kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Dan ALLAH lebih mengetahui yang terbaik untuk hambanya. Kita sebagai manusia hanya berusaha, berdoa dan bertawakkal.
Hidup ini hanya sementara, semua yang ada di dunia ini adalah milik ALLAH. Kehebatan dan kepandaian kita adalah pinjaman semata-mata.
* copy paste *

hamster